Saturday, May 19, 2012

Terinspirasi dengan puisi

Hidup ,
bagaikan kain kanvas yang terbentang luas ,
dicorakkan , diwarnakan, dibentukkan ,
mengikut kehendak hati , dicorak ikut diri sendiri , mengikut rona yang diingini ,
tetapi ingat ,
tak semua yang difikirkan dapat diolah menjadi seni ,
kerana tangan membatu tidak mampu ,
mengikut otak dan imaginasi .

Hidup ,
beribu sebab untuk ketawa ,
tapi mengapa kerana satu setan kau perlu berduka dan dibuta ?
pedulikan ia , jangan berduka kerana setan yang membakar ,
sinar matahari tidak pernah putus hingga tiba kiamat menjelang ,
pergunakan sinar itu untuk terus benderang , persetankan mereka yang mahu kau menyerah ,
jika kau jatuh , bangun ! jangan pernah kau mengalah sujud jatuh kebumi ,
manusia dicipta sebaik kejadian , tapi ingat , jangan membongkak ,
kerana yang di atas Maha Berkuasa .

Hidup ,
kau merungut akan perkara remeh ,
lapar sedikit , kau merungut , susah sikit , kau merungut ,
pernah kau fikir apa yang dibawah kau ? pernah kau sujud syukur atas apa kau terima?
pernah kau fikir perit derita saudara mu yang kebuluran ?
pernah kau fikir semua itu ? sedarlah !! hidup ini mudah jika dipermudahkan , akan susah jika disusahkan ,
jangan kusutkan yang sedia ada ringkas .
bersyukur , kejayaan hakiki yang tersedia ,
bersyukur atas nikmat yang dikurnia .

Hidup ,
kau bertatih kemudian berjalan ,
kau berjalan kemudian berlari ,
kau berlari menuju lebih tinggi ,
pabila tersungkur , jangan menangis ,
cekal kan diri , tabah kan hati ,
jangan kau mengalah pergi menyendiri ,
dikurniai sifat tidak mengalah ,
jangan mengalah sebelum kau kalah ,
ayuh berjuang , bangun berdiri ,
berjuang mencapai apa yang diimpi ,
tetapi ,
jika terjelopok jatuh , kaki berdarah ,
jangan terfikir usaha mu sia-sia ,
kerana siapa sangka ,
itu adalah ujian dari-Nya ,
untuk melihat wibawa di dada ,
teruskan berlari , dan lari ke tempat yang lebih tinggi .






muehehehhehe !! lama tak tulis lah doh !! hahaha . sebenarnya saje je tulis . dulu suka lah tulis puisi2 , poems2 , lyrics2 ni . so bila baca blog Hafizah Haron , teringin nak tulis balik . just bermotifkan keadaan sekeliling . bahasa agak berkarat sebab dah dekat 2-3 tahun gak tinggal benda ni . hahah . so , enjoy :)

No comments:

Post a Comment