Sunday, April 8, 2012

Bercakap dengan Allah

You know what , the first thing you should go to when you have problems , feeling sad , happy , anxious , angry or anything , just go to Allah . He's the creator of us . Seriously , kau patut jumpa Allah kalau apa2 pun .

Jujur lah , even kau tak nampak Allah , kau boleh berbual dengan Dia , kau boleh luahkan kat dia . Walaupun tak nampak , kau akan dapat rasa Allah tu ada . Aku dah lalui . Rasa lega bila kau dah bercakap dengan Allah . Even kau down macam mana pun , kau sedih macam mana pun , besar mana pun masalah kau , Allah itu tetap ada . Kau akan rasa lebih lega bila bercakap dengan Allah dari kau bercakap dengan manusia . Allah tak pernah sakitkan hati kau . Allah lah satu2 nya yang ada dengan kau setiap masa . Allah lah satu2 yang kau tetap percaya tak kira kau putus harapan macam mana pun . Tetap berpegang pada Allah , pada Rasul , pada Islam . Dari mana kita datang , ke situ lah yang kita kembali . Ingat sentiasa , Allah selalu dan takkan pernah tinggalkan kau even kau seteruk mana pun . Allah akan terima kau . Sebab kau hamba Dia . Jangan khurafat , jangan murtad . Asalkan kau ada niat nak taubat , sentiasa berdamping dengan Allah , sentiasa ingat Allah . Kalau kau nak nangis , nangis lah puas2 bila kau bercakap dengan Allah . Allah tu Maha mendengar dan Maha mengetahui . Bila kau dah habis cakap , dah habis nangis dengan Allah , serious bro , kau akan rasa yang teramat lega . Kepala kau rasa ringan , semangat kau datang balik . Allah Maha besar . Allah Maha esa . Allah Maha pengampun . Ingat lah Allah sentiasa . Insyaallah selamat dunia akhirat .Assalamualaikum

2 comments:

  1. Weyh, aku dah lama baca blog kau. Dari girl friend itu ini pastu kau tukar girlfriend lain. OK, fine tapi aku tahu yang kau sebenarnya laki yang baik dan ada big potential untuk jadi suami dan lelaki yang betul-betul beriman.

    Serius aku cakap, couple ni haram brader. Keluar dengan perempuan segala bagai ni pun haram jugak. Bayangkan kalau kau mati waktu dalam perjalanan nak jumpa GF, gila ah, aku pun tak tau macamana kita bertemu Allah dalam keadaan yang dia sedang buat perkara haram.

    Tolonglah berubah. Kau boleh. Dan kau wajar tinggalkan semua benda2 jahiliyah ni. Kau ingat senang2 ke Allah nak bagi kau ketenangan. Orang yang terpilih je dapat. Sekarang, kau masih tergolong dlaam golongan yang terpilih sebab Allah lorongkan hati kau untuk 'jumpa' Allah, esok lusa kalau kau continuously buat dosa dan Allah dah tak nak layan dah, mampus do.

    Banyakkan masa kat masjid, baca Al-Quran dan baca makna dia sekali, joinla usrah ke apa ka untuk tabah ilmu agama. Tak yahlah nak harap sangat cinta haram dari perempuan ni. Kita ni lelaki, patut jadi pembimbing bukan perosak.

    Oklah, aku pun tetiba je rasa nak tulis kat sini kan. Haha, aku tak kenal kau pun tapi waktu blogwalking terjumpe blog ni, and kau pun tak kenal aku. Tapi, hakikatnya kita sama2 saudara seIslam.

    Ingat bhai, mati bila2 je. Dan setiap amalan kita Allah nilai kot. Baik kita bertaubat sebelum terlambat.

    Assalamualaikum :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah . Thanks bro . Aku pun sekarang ni tengah nak kembali ke jalan yang lurus balik ni . Aku pun rasa aku dah banyak lari dari jalan yang betul . Aku memang nak jadi orang yang better . Aku akan usahakan yang tu . Yang pasal cinta2 ni , aku rasa aku stop dah sekarang . Aku nk focus study and cari balik diri aku yang bernama Islam ni .

    Aku cuba untuk jadi orang yang lebih baik . Aku tahu , Allah sentiasa ada dan memerhati . Insyallah , aku boleh buat , jadi orang yang lebih soleh :)

    thanks for the advice bro , even aku tak kenal kau sape :D

    ReplyDelete