Friday, March 30, 2012

...

Ya Allah . tolong aku . sumpah aku dah tak tau nk buat apa lagi dah . aku dah cuba apa yang aku boleh . aku merayu ya Allah . tolong aku . tak pernah aku rasa macam ni ya Allah . aku betul2 buntu . tenangkan diri aku ya Allah . kenapa nasib aku selalu macam ni . bila aku cuba jaga hati orang , aku cuba jadi yang terbaik . kenapa perlu berakhir mcm ni ? kenapa akhir sekali aku yang paling teruk terjatuh ? aku bukan nak menyalahkan qada' dan qadar mu ya Allah . kadang2 aku hampir putus asa . apa yang aku buat semua salah . semua tak kena . kenapa aku tak dapat yang setimpal ? aku rasa mcm nak putus asa sekarang ni ya Allah . Ujian kau kali ni betul2 berat , betul2 patahkan semangat aku . kadang2 lelaki mampu menangis ya Allah . aku lemah ya Allah . aku sedar aku lemah . kali ni betul2 aku dah terjatuh ya Allah . aku mohon padamu ya Allah , beri lah kekuatan padaku . aku tak mampu dan tak larat nak hadapi semua ini seorang diri . tolong ya Allah tolong ! gugur jantung aku ya Allah bila diperlakukan begitu . terasa macam apa yang aku dah korban kan , apa yang dah buat , terasa sia-sia . aku berserah padamu ya Allah . aku berserah padamu sepenuhnya . kalau hari esok lebih baik dari hari ini , kau sambung nyawa ku . kalau semakin teruk , aku rela dicabut nyawaku sebab aku tak rela bila satu hari nanti aku hilang kepercayaan padamu . aku redha ya Allah . kau makbulkan segala apa yang aku hajatkan ni ya Allah . aku tak kuat

Wednesday, March 28, 2012

I saw this post on facebook . "Appreciate & be Grateful"

"Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL...."

Imran Ajmain - Seribu Tahun

I just made this video this morning . This is what i want to say , but imran ajmain put it through song . so , this is my cover . and i will be performing this song at UniKL Acoustical Night this 6th April